Home Berita PAS Selangor

Penghargaan HTAR atas RM 1 Juta sumbangan peralatan perubatan – BPPN Selangor

158
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "TengkuA 22h-9 inginm …* terima penyelaras Û.Seemoe Selangor Ventilator Syringe Bantera Bernilai Hospital Badan NSSLANOE lahniah RM JUTA SUMBANGAN PERALATAN PERUBATAN HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG KHIDMAT MALA NEGERI SELANGOR, PAPISMA DAN NGO-NGO Ikhlas daripada BADAN PERHUBUNGAN PAS SELANGOR LAJNAH PENERANGAN &MEDIA BARU Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor #PASSelangor #MenangBersama #1slamMemperkukuhPerpaduan"

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

KLANG, 14 Ogos – Di saat suasana di Hospital seluruh negara berdepan dengan kepadatan pesakit Covid-19 dan mengalami kekurangan peralatan perubatan, Khidmat Malaysia Negeri Selangor tampil bersama PAPISMA dan NGO-NGO untuk bantu memenuhi keperluan tersebut. Sumbangan disampaikan oleh YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi selaku Penasihat KMNS dan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam satu hantaran facebook, pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) sebagai penyelaras NGO-NGO di bawahnya termasuk Pertubuhan Perubatan Islam Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) atas sumbangan peralatan perubatan iaitu 75 unit syringe pump dan 4 unit ICU ventilator yang jumlah keseluruhan bernilai hampir RM 1 juta.

Menurut HTAR, Syringe pump dan ICU ventilator yang disumbangkan adalah amat penting dalam perawatan pesakit COVID-19. Kedua-dua alat ini digunakan di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan juga wad-wad biasa bagi membantu dalam pemberian ubat-ubatan dan juga bantuan pernafasan, terutamanya bagi pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5.

Penghargaan tersebut menjadi pemangkin kepada KMNS dan NGO-NGO untuk terus membantu bagi memastikan rawatan yang diberikan kepada rakyat di saat getir ini, dapat diberikan dengan terbaik.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor