Home Berita PAS Pahang

Penghadang jambatan rosak MBK perlu ambil tindakan segera

13
SHARE

OLEH : ZAITON ABDUL HALIM

PEKAN, 19 Okt – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) digesa untuk mengambil tindakan segera membaiki kerosakan pagar penghadang jambatan di Kampung Air Hitam yang menjadi jalan pintas penghubung ke Kampung Seri Damai Kuantan.

Tinjauan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Manis Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan mendapati kerosakan tersebut dipercayai telah dirempuh oleh kenderaan besar dan berat yang sering melalui jalan tersebut.

“Jambatan yang sempit ini menjadi pilihan dan sering dilalui oleh pengguna jalan raya, maka ianya perlu dibaiki segera dengan penambahbaikan bagi mengelak berlakunya kerosakan yang berulang dalam jangka masa yang singkat, walaupun telah dibaiki sebelum ini.

“Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak MBK amatlah diharapkan agar jambatan ini selamat digunakan oleh semua pengguna jalan raya termasuk kenderaan ringan seperti motosikal,kereta dan sebaginya,” ujar beliau lagi.

Beliau yang juga sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan telahpun mengajukan perkara ini kepada MBK agar tindakan yang sewajarnya dilakukan bagi mengelak berlakunya kemalangan jalan raya.

Tinjauan beliau ke lokasi berkenaan dihadiri juga oleh penduduk kampung tersebut.