Home Berita PAS Pahang

Pengerusi LKKS Rompin terlibat kemalangan

2705
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 23 Jan : Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKKS) Rompin, Ustazah Hasnita Sabtu bersama dua lagi rakannya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sebertak – Melati berhampiran Tasik Bera Ahad lalu mengakibatkan kereta yang mereka naiki terbabas jatuh ke dalam paya.

Ustazah Hasnita bersama Ustazah Mahpuzah Misran, Ketua LKKS Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Rompin dan Ustazah Norzilawati Nasir, Ahli Jawatankuasa LKKS DMPK Rompin dalam perjalanan pulang menghadiri program pemukiman LKKS Negeri Pahang di Kompleks Tahfiz Al-Quran & Anak Yatim Al Qardhawi (KOMTAQ) Kerdau, pagi itu.

Menurut Timbalan Pengerusi 1 LKKS PAS Pahang, Mohd Fitri Abdullah merangkap pengurus acara pemukiman pagi itu, ketiga-tiga wakil daripada Rompin ini begitu ceria berbincang dan melontar idea ketika program berlangsung.

“Ketika mendapat makluman melalui aplikasi WhatsApp Lajnah Kebajikan Negeri mereka terlibat di dalam kemalangan, kami sungguh terkejut, tapi Alhamdulillah ketiga-tiga mereka selamat,” ujarnya lega.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di Hospital Bera, ketiga-tiga mangsa tidak mengalami kecederaan teruk.

Sehubungan itu, LKKS Negeri Pahang telah melancarkan satu kutipan derma kilat sebagai tanda keperihatinan terhadap musibah yang menimpa ketiga-tiga mereka.

Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun seperti berikut :

Bank Rakyat
1101554340
Pertubuhan Kami Prihatin Pahang