Home Berita PAS Sabah

Penganjur cemas lembu korban hampir terlepas

496
SHARE

Oleh SUZIANA GHANI
4 Julai 2023

LAHAD DATU: PAS Aman Jaya berdepan detik cemas apabila seekor lembu korban hampir terlepas dan mengejar orang ramai.

Pengarahnya, Landari Labobo berkata, semasa keadaan itu berlaku, apa yang ada dalam fikiran hanyalah berusaha menangkap semula tali yang terlepas, jika tidak mereka perlu mengganti semula lembu baru.

“Sebenarnya kesukaran bermula daripada proses ingin menaikkan lembu ke dalam lori lagi, lembu agak aktif kerana sebelum ini tidak pernah diikat dileher.

“Apabila diikat, perangainya berubah daripada keadaan sebenar. Saya bersyukur tali dileher masih ada jadi peserta korban dan urusetia masih boleh mengawal lembu menggunakan tali,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Lahad Datu ketika ditemui.

Menurutnya, yang menjadi kekuatan untuk meneruskan proses dalam keadaan lembu tidak terkawal antara sebabnya bantuan daripada Allah dan proses itu diketuai oleh seorang ulamak.

“Daripada selepas subuh lagi, Ketua Dewan Ulamak PAS Lahad Datu, Ustaz Zaki Ibrahim sudah mula berdoa sepanjang perjalanan ke ladang untuk mengangkut lembu sehingga selesai proses penyembelihan.

“Kami turut bersyukur peserta korban dan ahli berusaha membantu menyelamatkan keadaan dengan pelbagai cara apabila melihat lembu begitu,” katanya lagi.

Sebanyak tiga ekor lembu korban telah disembelih Sabtu lalu dengan disertai oleh 21 orang peserta korban.

Sebahagian daging telah dimasak untuk dijamu kepada peserta korban serta petugas dan selebihnya diagihkan kepada asnaf dan masyarakat sekitar Lahad Datu.

Terdahulu di Kunak, sebanyak empat ekor lembu dan dua ekor kambing disembelih bagi melaksanakan ibadah korban pada Khamis lalu.

Daging tersebut itu telah edaran kepada asnaf disekitar Pekan Kunak iaitu di Kampung Pangi dan Tadika Amal Kunak Jaya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Kasman Karate, Timbalan Ketua Muslimat PAS kawasan, Maimunah Mahmud, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Nurfaizan Suardi, Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Suryanshah Idris, Asmar Nawing dan Maswan Sulad.