Home Rencana PAS Selangor

Pengalaman berharga misi banjir Kedah buat sukarelawan Selangor – Pengarah JAMN Selangor

159
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Sedikit perkongsian pengalaman 50 anggota Sukarelawan Pantas Malaysia @ Jabatan Amal Negeri Selangor yang hadir ke Kedah dalam misi memasang dan memperbaiki saluran paip air bersih dari Gunung Jerai ke Kampung Setar dan Kampung Perupok, Sg Yan Kedah.

Di bawah pengurusan Markas Operasi Khidmat Malaysia Negeri Kedah dan Jabatan Amal Malaysia Kedah, kami berasa amat teruja dan bersyukur diberi kesempatan menitiskan keringat kami menabur bakti buat 2 buah kampung yang memerlukan sumber air daripada air terjun atas Gunung Jerai ini.

Disambut oleh Ketua kampung yang juga bekas imam surau Kg Perupok Sg Yan, Tuan Hj Rozdi Zainol atau orang kampung panggil Pak Teh bersama orang kampung dan guru-guru SMITI Darul Izzah kami bersarapan di hadapan rumah Pak Teh sebelum memulakan operasi.

Bagi orang kampung mereka sudah biasa dengan aktiviti mendaki bagi mendapatkan pelbagai sumber pendapatan dan sumber mineral, malah kebun buah-buahan mereka juga ditanam di kaki-kaki bukut Gunung Jerai ini.

Memulakan aktiviti pendakian pada jam 9.00 pagi sebahagian dari sukarelawan kami membuatkan pendakian awal bersama penduduk kampung membawa “Chain Saw” bagi melihat keadaan halangan jalan di hadapan dan diikuti sebahagian lain membawa paip air serta makanan tengahari buat bekalan semua petugas.

Perjalanan kami agak senang pada awal perjalanan kerana melalui kebun dan kemudian mulai mencabar apabila memasuki kawasan hutan dan terpaksa mengharungi banyak halangan pokok tumbang serta diiringi dengan hujan lebat sehingga laluan tanah menjadi becak dan licin.

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and outdoors

Setibanya kami di check point pertama, kami berhenti berehat di tengah gunung di sungai Hutan Lipur Sungai Teroi di mana kami dapat melihat sendiri kesan bagaimana kejadian runtuhan tanah menyekat dan menakung air sehingga pecah menjadikan bencana kepala air anggaran setinggi 4 tingkat bangunan itu berlaku menyebabkan banjir melanda di kawasan tanah rendah.

Perjalanan kami diteruskan ke kawasan paling tinggi Hutan Lipur Sungai Teroi di atas air terjun tempat tadahan air hujan dimana penduduk mendapatkan air bersih mereka, selapas hampir 3 jam perjalanan kami tiba di air terjun tersebut lebih kurang saparuh daripada ketinggian Gunung Jerai.

May be an image of 1 person and waterfall

Selesai memasang dan mengatikan paip yang rosak dan pecah, kami mengambil kesempatan berehat dan menjamu selera makan tengahari yang disediakan oleh penduduk kampung dan Khidmat Malaysia Negeri Kedah yang sangat enak sehingga tidak terasa kepenatan mendaki tadi.

Turun bukit agak mencabar kerana jalan batu dan tanah yang licin dan hujan turun disebelah petang juga menyukarkan lagi pergerakan kami, halangan-halangan pokok juga perlu ditebang bagi memudahkan laluan pendaki lain selepas ini.

May be an image of bicycle and outdoors

Hampir lebih 3 jam perjalanan menurun bukti kami turun semua dengan selamat dan disambut dalam majlis penutup ringkas oleh Ustaz Aizat Zakaria, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah mewakili Khidmat Malaysia Negeri Kedah menyampaikan penghargaan buat anggota Sukarelawan dari Negeri Selangor ini.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang paling berharga buat seluruh anggota sudah pasti pengalaman seperti ini tidak dapat kami rasai di Negeri Selangor, terpancar perasaan gembira kami apabila menyedari bahawa usaha ini telah membantu penduduk kampung menerima kembali bekalan air buat kegunaan harian penduduk.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Saya mewakili seluruh anggota Sukarelawan dan Amal Negeri Selangor amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang kedah, penduduk Kampung Perupok Sg Yan, Tuan rumah Pak Teh, Jabatan Amal Kedah dan seluruh pengurusan bencana Khidmat Malaysia Negeri Kedah diatas layanan dan pengurusan bencana yang memudahkan kami menyalurkan bantuan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor