Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA LANGAT, 12 September – “Ada yang duduk berseorangan, ada yang sakit, tidak kurang ada yang tidak bekerja semenjak dari awal PKP lagi”, kata salah seorang Pemuda Perikatan Nasional Kuala Langat.
Sekali lagi, Pemuda Perikatan Nasional turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan bantuan ‘Bakul Prihatin’ kepada beberapa keluarga di sekitar DUN Sijangkang.
‘Bakul Prihatin’ sumbangan Perikatan Nasional yang berisi barangan keperluan harian serta pek beras telah diserahkan kepada wakil keluarga.
Semoga sedikit sumbangan ini dapat mengukir senyuman dan meringankan sedikit bebanan yang mereka hadapi dimusim pandemik COVID-19 ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor