Home Artikel PAS Pahang

PENENTANG JAWI PERLU BUANG RASA PARANOID

247
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG (DPPNP)

26 SEPTEMBER 2020 | 8 SAFAR 1442 H

PENENTANG JAWI PERLU BUANG RASA PARANOID

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengikuti rapat perkembangan isu perbicaraan semakan kehakiman bagi pelaksanaan syarat penggunaan tulisan jawi di semua premis perniagaan dalam Daerah Kuantan oleh beberapa pihak termasuk DAP. Semakan kehakiman ini melibatkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebagai pelaksana dasar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang sebagai pemutus dasar.
  2. Pihak DPPNP ingin menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Majlis Perbandaran Kuantan atas keputusan Mahkamah yang bersidang pada 23 September 2020 yang telah menolak semakan kehakiman tersebut sekaligus membuktikan bahawa pelaksanaan dan penggunaan tulisan jawi ini tidak langsung bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang.
  3. Kami berpandangan tulisan jawi tidak seharusnya dijadikan polemik perkauman dan agama oleh semua pihak memandangkan ianya merupakan salah satu identiti negara ini sejak berkurun lama lagi. Kami merasakan bahawa pihak-pihak yang mencabar keabsahan tulisan jawi ini adalah dikalangan mereka yang paranoid dengan perpaduan dan integrasi nasional yang cuba dipupuk oleh kerajaan negeri Pahang pada hari ini. Kami juga ingin menyeru semua pihak untuk tidak perlu ada rasa takut dan terancam dengan pelaksanaan dan penggunaan tulisan jawi ini sebaliknya melihat daripada sudut positif yang melambangkan identiti negara ini.
  4. Dikesempatan ini juga, kami ingin menyeru semua pihak untuk bersama mendokong aspirasi kerajaan negeri dalam mendaulatkan tulisan jawi ke persada arus semasa. Usaha ini sangat tepat dengan usaha melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang akan berkongsi satu identiti nasional.
  5. Besar harapan kami untuk melihat Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi menjadi medium perpaduan nasional bagi membentuk sebuah masyarakat yang harmoni sekaligus memacu negeri dan negara ini ke persada dunia dengan satu identiti yang sangat dibanggakan.

Demi Islam
Islam Memimpin Perpaduan

YB USTAZ MOHD ZAKHWAN AHMAD BADARDDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP)
ADUN TAHAN

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG (DPPNP)26 SEPTEMBER 2020 | 8 SAFAR 1442 HPENENTANG JAWI PERLU BUANG…

Posted by Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang DPPNP on Friday, September 25, 2020