Home Berita PAS Terengganu

Penduduk Rantau Abang diminta berwaspada

9
SHARE

Oleh: Wan Al Affan Bassam Wan Manam

DUNGUN – Penduduk di sebelah pedalaman Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dinasihatkan berwaspada ekoran paras air yang semakin meningkat di beberapa kawasan dalam DUN berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, sehubungan itu orang ramai perlu mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.

“Jika perlu berpindah, segera berpindah tidak perlu bertangguh lagi.

“Ibu bapa perlu mengawasi anak masing- masing dan tidak membiarkan mereka keluar bermain air banjir bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Serdang di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti – aktiviti di luar rumah kecuali yang perlu sahaja.

“Pihak kami  dan agensi-agensi yang terlibat dalam keadaan berjaga-jaga, sentiasa ‘alert’ dengan sebarang kemungkinan,” tambahnya.