Home Berita PAS Selangor

Penduduk bukan warganegara disantuni – PAS Kawasan Puchong

139
SHARE

May be an image of 1 person and headscarf

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Puchong

Oleh : Umar Al-Hayawi

PUCHONG, 24 Julai – Seorang penduduk bukan warganegara telah disantuni oleh petugas daripada team kebajikan PAS Cawangan Putra Permai. Beliau sangat tidak menyangka bahawa walaupun beliau bukannya warganegara Malaysia, tetapi masih diberi bantuan dengan adil oleh PAS Cawangan Putra Permai.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih ya bang kerana bantu kami walaupun kami bukan warganegara Malaysia” bisik seorang penerima bantuan kebajikan tersebut. “Kami sampaikan bantuan kepada semua kak” jawab seorang petugas dengan penuh yakin. Demikian adalah dialog penyampai dan penerima bantuan tersebut.

Wabak Covid-19 yang melanda negara kita menyerang dan memudaratkan semua tidak kira siapa atau latar belakang. Jadi mengapa kita perlu mengira latar belakang penerima untuk menyampaikan bantuan? Semoga para penerima bantuan dipermudahkan urusan dan diringankan sedikit bebanan dalam terus mengharungi pandemik Covid-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor