Home Berita PAS Sabah

Penduduk asnaf terima bakul makanan

21
SHARE

Oleh : Sadiah Pillaun
27 Disember 2023

SEMPORNA : PAS Sabah sentiasa komited dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan kebajikan atas dasar Islam mengajar umatnya untuk hidup bermasyarakat dan saling bantu-membantu.

Menurut Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (BKKS) PAS Sabah, Nur Izzati Yusof, kali ini hasil sumbangan orang ramai telah disalurkan kepada asnaf.

“Kami hanya menyampaikan sumbangan anda semua kepada asnaf yang memerlukan,” ujarnya.

BKKS PAS Sabah dengan kerjasama PAS Semporna dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sabah Relief telah mengagihkan 40 bakul makanan berupa keperluan asas kepada asnaf Kampung Sungai Tuhok, Sabtu lalu.

Wakil Pengurusi Masjid, Haji Jamil berkata, harga barang semakin mahal dan kos sara hidup juga agak tinggi jadi mereka amat bersyukur bila mendengar kedatangan PAS Sabah ke kampung itu untuk menyampaikan sumbangan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sabah Relief, Tarmizi Yahya menasihati masyarakat agar menjadi manusia yang bermanfaat buat saudara kita.

“Seperti mana sabda Rasulullah SAW, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat bagi manusia lainnya.

“Terima kasih juga kepada belia kampung di atas kerjasama yang baik dalam menjayakan program kali ini,” katanya.

Turut hadir Setiausaha PAS kawasan, Jamal Abdul, Naib Ketua Pemuda PAS kawasan, Nazifuddin Sidin dan Ketua Muslimat PAS Semporna, Afiqah Adam.