Home Berita PAS Pahang

Pendidik dan pendakwah Ustaz Khazizi kembali ke rahmatullah

513
SHARE

KUANTAN, 31 Jan – Seorang pendidik dan pendakwah yang aktif di sekitar Kuantan dan Pekan, Ustaz Khazizi Ahmad, telah meninggal dunia pada Selasa di Hospital UIA di sini.

Menurut anaknya Ustaz Mohd Anuar Khazizi, bapanya sebelum ini berada dalam kesihatan yang baik, namun pada hari kematiannya telah mendapat serangan jantung (Cardiac Arrest) dengan tiba-tiba.

Ahli Dewan Negeri Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya menyifatkan pemergian almarhum merupakan satu kehilangan yang besar buat masyarakat setempat.

“Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa beliau dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Paya Besar Johari Abd. Wahid berkata, almarhum pernah menyandang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ketua Cawangan PAS di Kampung Pahang dan Kampung Pandan 2.

“Beliau juga merupakan salah seorang perintis di awal penubuhan PASTI As- Saadah di Kampung Razali Kuantan,” ujarnya.

Almarhum yang juga sebagai seorang pesara Guru Agama di sekolah kerajaa telah meninggalkan seorang isteri serta sembilan orang anak.