Oleh: Siti Nadirah Shasha
11 September 2021
KOTA KINABALU: Setelah melalui fasa penambahbaikan sistem, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sepanggar melaksanakan proses pendaftaran pelajar secara atas talian untuk tahun 2022 yang lebih mesra pelanggan.
Menurut Penasihat PASTI Kawasan Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan, sistem baharu ini seiring dengan misi PASTI Sepanggar iaitu melaksanakan program pendidikan yang cekap, berkualiti dan berkesan bagi menjayakan PASTI pilihan utama masyarakat di kawasan itu.
“PASTI merupakan satu institusi pendidikan awal kanak-kanak yang sudah mendahului kokurikulum lebih awal berbanding tadika yang lain dengan memperkenalkan amalan wajib dan sunat yang dituntut oleh agama.
“Kualiti penguasaan 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal sudah lama menjadi penekanan kepada institusi pendidikan PASTI ini,” ujar beliau.
Tambahnya, PASTI juga sudah mendahului institusi pendidikan lain dengan memperkenalkan kaedah hafazan Al-Quran khususnya surah-surah lazim dan ayat-ayat utama.
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi talian 0128349303 bagi mendapatkan maklumat mengenai pendaftaran PASTI. Pendaftaran telah dibuka bermula 30 Ogos 2021.