Home Berita PAS Terengganu

Penantian 64 tahun Seberang Takir berakhir

59
SHARE

Oleh : Siti Mariam

KUALA NERUS – Slogan “terik ni kita ambik” menjadi dan berjaya menamatkan penantian selama 64 tahun untuk menawan PAS DUN Seberang Takir.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata kemenangan itu sangat besar maknanya kepada para pejuang Islam dalam DUN tersebut yang sekian lama menanti dan mengharapnnya.

“Setelah 16 kali pilihan raya, akhirnya menjadi kenyataan apabila PAS/ PN) melalui calonnya Ustaz Haji Kazan Che Mat berjaya menyekat penguasaan BN secara tradisi di DUN ini dalam tempoh yang begitu panjang,” ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, PAS turut mengulangi kejayaan 2018, kembali menerajui Terengganu dan kemenangan kali diharap menjadi pemangkin semangat kepimpinan dan anggota. untuk terus bekerja dengan istiqamah.

“Terima kasih kepada para pengundi yang telah memilih PAS/PN dalam pilihan raya ini, satu pilihan yang tepat untuk masa depan yang lebih baik,

“membuktikan kerajaan PAS mentadbir dengan tata kelola kerajaan yang penuh integriti, bersih dan adil serta terus memacu negeri ini untuk maju, berkat dan sejahtera.” jelasnya ketika dihubungi.

Justeru beliau turut menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada para petugas parti yang telah memberikan komitmen yang tinggi dengan kerja yang bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan lelah.

“semoga usaha itu diganjari setimpalnya oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan insya-Allah mengekalkan kejayaan pada masa depan.” tambah beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ustaz Khazan Che Mat turut tidak menyangka PAS akan menang di kubu kuat BN itu.

“Alhamdulillah PAS/PN telah memecah rekod di sini, dengan majoriti sebanyak 2, 797 undi manakala, mendapat sebanyak 12, 156 undian dan pihak Barisan Nasional 9,359undian, ” jelasnya.