Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

PENA : Memacu Tranformasi Penulisan

125
SHARE

PENA : Memacu Tranformasi Penulisan

  Kuala Lumpur, 2 Disember – Lajnah Penerangan dan Media Baru, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Kepimpinan dengan jayanya.

Antara objektif PENA adalah melahirkan lebih ramai wartawan yang dapat menghasilkan penulisan yang berkualiti. Selain itu, PENA memberikan pendedahan teknik dan praktikal dalam penulisan dalam bentuk penulisan laporan, berita dan bentuk kenyataan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan DMPM Dr Najihatussalehah Ahmad. Beliau menyatakan hasrat agar peserta dapat manfaat dan fokus sepanjang berlangsungnya PENA.

Bengkel dikendalikan oleh Puan Sarina Ismail mengupas bagaimana pemberitaan yang tepat, padu dan mantap dalam PENA untuk mengasah bakat dan menajamkan lagi kemahiran sedia ada kepada peserta.

Antara yang disebut oleh beliau ‘berita tanpa gambar umpama manusia tanpa baju”, ujar Puan Sarina Ismail penceramah yang mengisi bengkel PENA hari ini. Penceramah merupakan wartawan yang berpengalaman dari Harakah dan merupakan Ketua Akademi di Lajnah Penerangan DMPM.

Seramai 20 orang peserta yang mengikuti PENA ini, salah seorang peserta daripada berkata “ Input dan maklumat yang dikongsi oleh penceramah sangat bermakna dan alhamdulillah bengkel sehari ini sangat bermanfaat. Harap diteruskan lagi siri seterusnya dan penyertaan lebih mengalakkan!”, demikian kata Dr Nur Hasiba dari Sentul, Kuala Lumpur.