Home Uncategorized

Pena editor Negeri Sembilan I Kekalutan Politik: PAS terus usaha bantu rakyat

17
SHARE

Masih adakah pemimpin yang bertelagah, berebut takhta dan harta? Itulah kehidupan yang nyata ketika ini kerana manusia kelihatan berebut-rebut serta berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia, menurut sudut pandang Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar.

Oleh itu, beliau merayu kepada semua pemimpin yang telah dipertanggunghawabkan agar terus fokus dengan kemelut yang sedang dihadapi rakyat berkaitan kesihatan, keselamatan serta keadaan ekonomi yang semakin parah.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustafa juga hairan dan bimbang dengan kekalutan segolongan pemimpin Pakatan Harapan ( PH) yang sibuk dengan agenda perebutan kuasa sehingga sanggup melanggar apa saja, merempuh segala peraturan bagi tujuan yang kononnya untuk menyelamatkan rakyat.

Menurut beliau, sebenarnya PH berselindung di sebalik sikap hipokrit bahawa kononnya merekalah yang benar-benar mendaulatkan Raja walaupun hakikat sebenarnya merekalah yang paling kerap menderhaka.

Penulis bersetuju bahawa sektor kesihatan menjadi tajuk utama yang perlu ditangani bersama. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM), Status Terkini Covid-19 Malaysia mencatatkan seramai 20 596 orang merupakan kes terbaharu yang dijangkiti pada hari ini, 5 Ogos 2021.

KKM juga telah melaporkan bahawa kira-kira 1.4 juta tuntutan berjumlah lebih RM 694 juta yang dibuat oleh petugas kesihatan sejak April 2020 hingga Jun 2021 telah dibayar oleh KKM.

Laporan KKM dalam Pengurusan Kewangan Bagi Menangani Pandemik Covid-19 ( Elaun Covid-19) kepada Petugas Kesihatan merupakan antara bukti wang yang besar dibelanjakan kerajaan Perikatan Nasional ( PN) terutama dalam sektor kesihatan.

Penulis tertarik dengan Kenyataan Media ( KM)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang terkini bertajuk Fokus Kestabilan Utama kan Agenda Kebajikan Rakyat.

Melalui KM tersebut PAS menyeru semua pimpinan dan ahlinya agar meneruskan fokus kepada membantu kebajikan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang berlarutan mulai April 2020 sehingga kini.

“Sokongan majoriti terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberikan fokus dalam menangani COVID-19”, penegasan utama KM PAS.

Selari dengan saranan PAS itu, Badzli Bakar mengucapkan tahniah kepada pemimpin PAS yang terus berjuang untuk rakyat, sentiasa ada bersama rakyat dalam keadaan rakyat semakin berada di dalam kesusahan.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS adalah yang terbaik setakat ini terutama apabila menyantuni semua rakyat tidak mengira agama, bangsa dan mengenepikan soal politik. Katanya, “Ahli-ahli PAS yakin Allah jua yang akan membalas segala usaha kebajikan dengan sejuta kebaikan,”

Badzli Bakar mengucapkan terima kasih kepada ahli dan penyokong PAS dengan berkata, “Anda adalah hero yang tidak didendang, bekerja tanpa kenal lelah, sentiasa tenang dan tidak cepat melatah dalam apapun keadaan yang berlaku dan anda semua adalah yang terbaik.”

PJ PAS Negeri Sembilan juga mengharapkan dengan kekalutan politik yang berlaku di negara kita sekarang ini membolehkan rakyat menilai pemimpin yang patut dipilih dalam PRU-15 nanti.

RUSILAH BINTI MD. SOM
EDITOR
Berita PAS dan WR
Negeri Sembilan