Home Berita PAS Terengganu

PEMUDA UMNO DUNGUN SERANG KITA !!! Kenapa Kita TIDAK serang semula?

562
SHARE

Pemuda UMNO Dungun serang kita, kenapa kita tidak serang mereka semula?

Inilah pertanyaan bertali arus yang masuk dalam mesej whatsapp saya sejak semalam. Pemuda UMNO Dungun bukan sahaja menghunus serangan tetapi menyemarakkan lagi api FITNAH yang nyata.

Kesannya bukan sedikit, Ribuan orang yang tidak tahu menahu cuba menyebarkan semula api FITNAH itu. Ada yang yakin memBABI buta bukan setakat di Terengganu malah merebak ke seluruh negara.

Di pihak penyebar pula mereka menambah-nambah, penyebar ini sudah tentu dari kalangan UMNO dan PAN. Walaupun mereka tidak ada perjanjian persefahaman politik, tapi mereka saling bertukar tangan membuat serangan.

Di pihak anak-anak muda PAS pula, gelodak ingin menyerang balas berkobar-kobar. Tapi ada satu kehebatan pada mereka, mereka tanya sepatah pimpinan di kalangan mereka.

Boleh tidak boleh? benar tidak benar? Mereka sudah lama menyimpan geram ingin membalas serangan. Tapi mereka tunggu arahan. Yang mereka menjawab itu sekadar menepis serangan bertali arus. Bukan menghala hunus serangan.

Walaupun setiap hari, bukan kecik-kecik punya pimpinan UMNO menyerang kerajaan PN, tapi pemuda kita tidak terikut tarian UMNO yang dibuat oleh bekas Presiden UMNO sendiri.

Pelik dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah Dunia ( bakali laa) parti yang bersama wakilnya berada dalam kerajaan menyerang depan-depan kerajaan yang dia merupakan sebahagian didalamnya.

Tidak peliklah jika berlaku di Terengganu. Kita ajak duduk bersama dalam JPKK agar boleh memupuk semangat kekitaan di kalangan masyarakat kampung, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu tolak mentah-mentah.

Cabar pula akan berlawan cacang dalam PRU nanti. Dulu kata MB Terengganu tak bincang dengan dia, MB Terengganu pun pergi ke rumah dia di Kijal, tapi apa dia buat? Dia megah MB Terengganu mari ‘melutut’ cari dia.

Tak apalah kita tinggal hal dia tu. Berbalik pula kita isu pokok sehari dua ini. Kenapa kita tidak menyerang balas? Kenapa? Kenapa? Marah segelintir anak muda yang cuba memberontak mempertahankan Kerajaan Negeri pimpinan PAS.

Pertama sekali ialah kita masih ada ikatan ‘ Muafakat Nasional’ yang kita sudah sepakati. Kedua, Kita dalam mood bersama-sama solidariti sahabat Islam kita di Bumi Gaza dengan semangat mengibarkan bendera Palestine tanda kebersamaan.

Ketiga, kita masih lagi memikirkan perpaduan Islam dan Melayu untuk sama-sama lawan DAP agar mereka tidak kembali memerintah negara. Kita sudah merasai bersama selama 22 bulan bagaimana mereka memerintah Malaysia.

Cukuplah dengan tiga sebab kenapa kita tidak menyerang balas tindakan segelintir pemimpin UMNO menyerang kita khasnya di Terengganu.

Kalau ada pun pemuda kita yang dikatakan membalas serangan, itu buka balas serangan. Itu hanya ‘JERKAH’. Dah kamu siang malam bertepik depan rumah ajak bergaduh, kamu provok dan melempar batu, jadi pemuda kami jerkah untuk menyatakan kami tidak mahu bergaduh.

Tapi….. bila pimpinan kami isytiharkan PAS dan UMNO tidak ada lagi ikatan seperti Muafakat Nasional, kami akan patuh menyahut semboyang perang terhadap kamu.

Kita bukan baru bermusuh. Berpuluh tahun, dari Tuan Guru -Tuan Guru kami muda sampai mereka sebahagianya sudah tiada. Tapi semangat mereka masih membawa di jiwa- jiwa kami.

Kamu boleh bertempik menjerit-menjerit mencabar kami. Kami tidak akan ambil tindakan sembrono menyerang kamu, tapi jangan ingat kami menikus. Di sana ada BAB mempertahankan diri….itu kami tidak gunakan lagi sepenuhnya hal ini.

Sekian.
Catatan Isu minggu ini.
Naraza Haji Muda
Pengerusi PRIHATIN Terengganu
27 Mei 2021 | 10:00 pagi.