Home Berita PAS Melaka

Pemuda sekadar diminta pengorbanan masa, harta dan tenaga…

94
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto HANIFF ABDUL RAHIM

KOTA MELAKA, 25 Sept: Dalam suasana politik di negara ini aktivis Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) sekadar diminta berkorban masa, harta dan tenaga, kata ketuanya, Ustaz Hafiz Yahya.

Menurut beliau, ini jika dibandingkan dengan pemuda-pemuda yang berjuang di negara-negara lain yang bergolak seperti di Palestin sehingga perlu mengorbankan nyawa.

“Allah tahu, tak mampu kita duduk di Palestin tuan-tuan. Tak mampu kita berada dalam medan peperangan. Tak mampu. Orang kita memang tak mampu. Allah tahu.

“Akhirnya Allah beri pilihan berkorban dari segi kekuatan, nafsu, hati, (untuk) pergi menggerakkan kaki, pergi di medan-medan ilmu dan tempat-tempat perjuangan Allah SWT. Allah tahu, Allah nak tengok bagaimana kita berjual beli,” ujar beliau.

Beliau turut membacakan Surah At-Taubah berkaitan dengan tawaran Allah SWT untuk membeli perjuangan dan pengorbanan para mujahid samada mereka membunuh atau terbunuh dengan balasan syurga.

Ustaz Hafiz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam program ‘Pra Ijtimak Tarbawi’ yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Dakwah Mahmudiyah Kampung Jambatan Duyong di sini pada Sabtu petang.

Beliau turut membangkitkan tentang persediaan anggota-anggota DPPNM dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 yang bakal berlangsung.

“Kita tak boleh sembang. Kalau kita kata kita pemuda, keluar (berjihad). Saya inginkan perjuangan ini dterjemahkan dengan orang muda perjuangan ini, kita sebagai orang muda. Sebab tu kita laksanakan pra-ijtimak ini di bawah Lajnah Tarbiah. Tarbiah diri kita, tarbiah jiwa kita.

“Ada kata program ini kita buat saja lepas Maghrib sampai Isyak. Tak boleh! Tuan-tuan, pengorbanan kita untuk datang daripada lepas Asar sehingga malam, baru Allah ‘beli’ masa, jiwa kita tanpa terbunuh pun. Tiada istilah terbunuh pun.

“Tiba-tiba kita tak ada kekuatan. Kita tak tanam jiwa kita, hati kita, untuk perjuangan. Orang muda tak boleh (bersikap begini). Orang muda kena bersedia bagaimana untuk berjual beli dengan Allah SWT,” ujar beliau.

Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan di dalam program tersebut dengan kertas kerja pertama bertajuk ‘Bai’ah dan Intima’ dibentangkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek sementara Timbalan Pesuruhjaya-3 PAS Melaka, Ustaz Sudin Nooh pula membentangkan kertas kerja kedua bertajuk ‘Jihad Dan Pengorbanan’.

Program ini yang dihadiri oleh Perwakilan daripada keenam-enam kawasan Dewan Pemuda PAS kawasan dalam negeri Melaka merupakan program pra bagi ijtima Tarbawi PAS Pusat yang akan berlangsung di Terengganu pada 30 September sehingga 1 Oktober akan datang.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH