Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Hanafi Zulkapli
Mantan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Setelah selesai Muktamar tahunan kali ke-67.
Antara hadis yang mengingatkan saya setelah pertemuan dengan Ayah Chik adalah sabdaan Rasulullah;
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالْأَمِيرِ خَيْرًا، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ.
“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang raja atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu (menteri atau penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberikan peringatan, jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya jika Allah menghendaki selain daripadanya (keburukan) kepada pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya.” (Riwayat Abu Dawud 2932)
Semoga Allah berikan pembantu-pembantu yang baik buat Ayah Chik untuk terus mengemudi bahtera perjuangan ini.
Kami dari barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia – DPPM jika Ayah Chik menoleh kebelakang, Insyallah Ayah Chik akan dapat melihat kelibat kami akan terus berdiri kukuh dibelakang Ayah Chik.
Apa yang boleh saya harapkan kepada seluruh para pemuda PAS. Ayuh apa sahaja cabaran dan ujian mendatang kita berikan kethiqahan dan ketaatan atas segala keputusan dan arahan.
Para pemuda Sekelian!!! Menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan pesanan Rasulullah khas kepada anak muda;
يَعْجَبُ رَبُّكَ مِنْ شَابٍّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ
Tuhanmu begitu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki shobwah iaitu mereka yang tidak menyimpang dari kebenaran.
[1] [HR. Ahmad]
Mohon doa dan bantuan dari semua untuk membantu sesama kita agar perjuangan ini mampu diteruskan.
“Tegur dan nasihatilah kami jika ada kekurangan kesilapan serta kealpaan kami dalam menggerakkan Dewan Pemuda PAS Malaysia”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor