Home Berita PAS Pulau Pinang

Pemuda PAS Tanjong Jalinkan Hubungan Silaturrahim Dengan NGO Pertubuhan Dakwah Islamiah

1521
SHARE

GEORGETOWN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong (DPPKT) baru-baru ini pada 22 Oktober 2017 telah mengadakan Lawatan Mahabbah ke Pertubuhan Dakwah Islamiah(PDI) yang terletak di Jalan Kampung Kolam , Georgetown Pulau Pinang.
Lawatan ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama muslim disamping membuka peluang kerjasama antara DPPKT dan Pertubuhan Dakwah Islamiah dalam melaksanakan usaha dakwah terutama di kawasan Tanjong yang penduduknya majoriti adalah non-muslim.
Sepanjang pertemuan berlangsung, berberapa perkara dapat dibincangkan dan saling bertukar pendapat demi kemaslahatan umat . Lawatan yang diketuai oleh Saudara Haffiz Zainal Abidin selaku Timbalan Ketua Pemuda DPPKT berkata, lawatan ini memberi kesan yang panjang dalam merancakkan usaha dakwah dengan adanya kerjasama program yang bakal terlaksana nanti dan ini adalah satu permulaan yang baik serta menggalakkan penglibatan dari semua pihak dalam membantu usaha dakwah.

Antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan ialah fokus gerak kerja dakwah kepada non-muslim di kawasan Tanjong dan kaedah-kaedah berdakwah kepada setiap golongan mad’u(sasaran dakwah) yang perlu dipertingkat lagi kemahiran dalam berdakwah. Selain itu , persetujuan juga dicapai untuk melaksanakan kerjasama melaksanakan program-program yang terdekat dan jangka masa panjang. Pertubuhan Dakwah Islamiah yang diketuai oleh Saudara Shahul Hamid berkata , kita perlukan ramai NGO dan Pertubuhan untuk bersama menggiatkan lagi program-program dakwah kepada mad’u .

Isu-isu semasa juga turut dibincangkan , antaranya ialah Isu cadangan penutupan jalan Love Lane memberi impak negatif kepada masyarakat sekeliling. Isu ini mendapat perhatian daripada pihak DPPKT dan PDI dalam usaha mencegah kemungkaran dengan saluran yang ada supaya tidak berlaku maksiat yang berleluasa terutama di kawasan Goergetown yang merupakan pusat bandar bagi negeri Pulau Pinang. Kesepakatan mencegah kemungkara telah disepakati oleh kedua belah pihak disamping mengajak masyarakat kepada kehidupan Islam.

Di akhir pertemuan , kesimpulan dinyatakan oleh Saudara Hanafi Azman selaku Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPPKT , penyatuan umat ISlam hari ini adalah sangat diperlukan tidak latr belakang jemaah atau fikraah politik. Kita mesti bersatu atas dasar aqidah Islam untuk melihat Islam tertegak memerintah dunia dan sebagai da’I dijalan Allah , kita tidak boleh sesekali berputus asa serta tidak takut dengan apa jua ancaman mendatang. Pertemuan selama 2 jam berakhir pada pukul 11 malam dengasedikit pemberian cenderahati daripada DPPKT kepada PDI sebagai tanda jalinan persahabatan

Oleh : Hanafi Azman