Home Berita PAS Pahang

Pemuda PAS Rompin buat laporan polis isu ADUN Ketari

1833
SHARE

12 November 2020

Penulis: Khairul Izwan

Muadzam Shah :: Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin telah membuat laporan polis ke atas ADUN Ketari, Yang Berhormat Young Syefura yang di dapati telah melanggar SOP PKPB dengan sengaja berkelah di tepi pantai di Selangor.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Muadzam Shah di ketuai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Hasbullah AlBerawi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan ingin ADUN tersebut didakwa selari dengan akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Telah tular di media sosial gambar Young Syefura berkelah di pantai tanpa memakai pelitup muka dan tanpa penjarakan sosial seperti yang diarahkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

YB Young Syefura ini juga merupakan ADUN di Pahang tetapi telah merentas ke Negeri Selangor yang merupakan salah satu negeri yang dikenakan PKPB.