Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS perlu tarik lebih ramai anak muda dekati PAS.

1340
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain.
24 Februari 2019.

SANDAKAN : Pemuda PAS perlu menggembling tenaga bagi menarik lebih ramai anak muda agar dapat mendekati perjuangan PAS di negeri Sabah.

Selain itu, Pemuda PAS juga perlu memantapkan ilmu pengetahuan politik dan dakwah bagi berhadapan dengan sasaran dakwah yang pelbagai segmen khususnya di negeri Sabah yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid hari ini ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan di Pejabat PAS Sandakan dekat sini.

Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 17 itu, Sahar turut mengingatkan para perwakilan agar menjaga amalan harian khususnya solat berjemaah, qiamullail, zikir disamping menyertai program tarbiyah parti.

Sahar turut memetik ayat dalam Surah Al-Kahfi yang menceritakan tentang keteguhan iman para pemuda Islam yang istiqamah dengan Islam sungguhpun diancam oleh pihak pemerintah.

Terdahulu, Ketua Pemuda, Ramlan Pandi telah menyampaikan ucaptama bertajuk, “Kukuhkan Saff, Mantapkan Perjuangan” yang membicarakan aspek pengukuhan organisasi pemuda disamping merancakkan gerak kerja politik dakwah.

Mesyuarat tersebut turut menobatkan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sandakan, Adam Ahmad sebagai penerima Anugerah Amilin Khidmat Cemerlang atas usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam menggerakkan aktiviti kebajikan dan parti.