Home Artikel PAS Perak

Pemuda PAS Perak Sahut Baik Had Umur Calon ADUN Perak 18 Tahun | Ketua Pemuda PAS Perak

281
SHARE
PEMUDA PAS PERAK SAHUT BAIK HAD UMUR CALON ADUN PERAK 18 TAHUN
27 Oktober 2020 | 11 Rabiualawal 1442H
Pemuda Pas Perak menyambut baik rang undang-undang yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Perak menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari 21 tahun kepada 18 tahun seperti yang termaktub dalam perkara 30, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Pemuda Pas Perak mengikuti rapat perbahasan berkenaan rang undang-undang ini samada pandangan dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Alhamdulillah, Rang undang-undang ini mendapat sokongan majoriti ADUN sekaligus mengambarkan keterbukaan dan kesepakatan keseluruhan ADUN Negeri Perak.
Pemuda Pas Perak mengharap agar peluang yang diberikan kerajaan negeri ini dimanfaatkan oleh golongan muda untuk berpartisipasi dalam politik dan pentadbiran kerajaan negeri. Moga perkembangan ini menatijahkan pendidikan politik yang baik kepada rakyat khususnya anak muda.
Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Perak,
Sesi 2019/21