Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Papar anjur Program Tukar Minyak Hitam Percuma

24
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin

PAPAR: Program Tukar Minyak Hitam Percuma untuk motosikal telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Papar melalui Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) dan Alternative Riding Club (ARC) Papar di sini.

Seramai 40 orang peserta telah mendaftar dan hadir untuk menukar minyak hitam motosikal mereka di Kg. Bambangan.

Salah sebuah bengkel anak muda tempatan di Kg. Bambangan Papar dipilih menjadi tempat program kerana salah satu objektif program ini adalah menyokong dan membantu usahawan Muslim.

Pemilik bengkel Mohd Fiez Fazerry Jaraie menzahirkan penghargaan atas usaha yang telah dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Papar untuk membantu dan menyokong usahawan Muslim.

Turut hadir ke tempat program Yang Dipertua PAS Papar Abd Salim Karim dan Ketua Pemuda PAS Papar Hendri Hamsah bagi meraikan anak-anak muda yang hadir dalam program tersebut.

“Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada yang hadir. Teruskan memyokong kami untuk program akan datang khususnya di daerah Papar ini.”

”Semoga kita dapat jalinkan hubungan yang baik di antara ARC Papar dengan bengkel-bengkel tempatan selepas ini,” ujar Hendri Hamsah.