Home Berita PAS Pahang

Pemuda PAS Pahang komited fokus gerak kerja pru15

1112
SHARE

22 Ogos-Kerdau ; Dewan Pemuda PAS Pahang pada hari ini telah selesai dengan jayanya melangsungkan muktamar tahunan kali ke 38. Seramai 142 perwakilan yang hadir dari seluruh negeri Pahang termasuk exco Pemuda PAS Pahang telah terlibat dengan kawalan ketat pematuhan SOP oleh Jabatan Amal Negeri Pahang.

Dirasmikan oleh Ir Hj Khairil Nizam Khirudin yang merupakan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Beliau dalam ucapannya terus memberikan nasihat dna motivasi buat semua perwakilan supaya sentiasa siap siaga untuk bersedia menghadapi kemungkinan bahawan pru15 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Beliau juga mengharapkan agar pemuda di semua peringkat dapat menajdi ejen perpaduan kaum bagi memperkukuh kesatuan ummah di negara Malaysia.

Alhamdulillah PAS insya Allah akan terus berusaha menjadi agen penyatuan ummah. Mengajak semua rakyat Malaysia mengelakkan khilaf dan pertembungan sesama sendiri yang boleh membuka peluang musuh² untuk mengambil kesempatan menekan Islam dan rakyat Malaysia.

Pemuda PAS juga mesti mengaktifkan semua petugas² bagi menghadapi pru15.

Resepi kejayaan ialah dengan memberikan kepercayaan kepada saff kepimpinan PAS. Memahami hala tuju pergerakan PAS dan strategi yang telah disusun diperingkat kepimpinan PAS pusat.

Muktamar yang berlangsung pada hari ini juga dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang Saudara Mohd Farid Mohd Nor bersama beberapa exco pergerakan pemuda UMNO Pahang.