Home Artikel PAS Melaka

Pemuda PAS Melaka Derma Darah Di Hospital Melaka

268
SHARE

OLEH : ANAS ABDULLAH

KOTA MELAKA : Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka telah menderma darah di Hospital Melaka yang terdiri dari anggota Jabatan Amal Negeri Melaka di sini kelmarin.

Program derma darah ini dilakukan adalah kerana menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Haji Khairil Nizam dalam siaran langsung di Facebook beliau baru-baru ini.

Menurut beliau, derma darah ini dilakukan bagi membantu hospital di setiap negeri supaya dapat disalurkan kepada pesakit-pesakit yang terkena wabak CORONAVIRUS yang memerlukan darah ini.

 

Selain itu, beliau menyeru kepada Pemuda-pemuda PAS serta rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik supaya terus bersama-sama membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani wabak CORONAVIRUS ini.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Abu Naufal, Naib Ketua PAS Negeri Melaka Ustaz Afiz Al Yahya, Timbalan Pengarah ll Jabatan Amal Negeri Melaka Haniff Abd Rahim serta Ketua Lajnah IT dan Dataraya Negeri Melaka Farid Samiun.