Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam
Kali ini mereka berpusat di kawasan flat Seksyen 7. Difahamkan sehingga petang tadi masih tiada lagi bayangan air muncul di paip rumah penghuni di sana.
Kecewa, sedih dan hiba melihat mereka terkejar ke pacuan 4 roda yang membawa bekalan air untuk disalurkan kepada mereka. Ada yang marah dan tak kurang juga mengalirkan air mata dek kerana terlalu penat dengan krisis air yang tak pernah berkesudahan apatah lagi bagi mereka yang tinggal di flat.
Sekali terputus bekalan air mereka masih lagi bertolerasi tetapi jika empat kali bekalan air terputus dalam tempoh dua bulan ia sudah dianggap cukup keterlaluan.
Ada antara mereka meminta Amiruddin melepaskan jawatan Menteri Besar jika tidak mampu selesaikan masalah bekalan air di Selangor.
Tak kurang juga penduduk mengucapkan syukur atas bantuan dan usaha Pemuda-pemuda PAS Kawasan Shah Alam yang datang menghulurkan bekalan.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat pencemaran bau itu dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar.
Siasatan masih di peringkat awal dan sampel air perlu diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca atau lokasi sebenar pencemaran itu berlaku.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#DemiIslam
#TerusBerbakti