Home Uncategorized

Pemuda PAS Kawasan Jerlun santuni anggota keselamatan yang sedang bertugas melalui Kembara Sahur 1.0

129 views
SHARE

JERLUN – 10 Mei 2019 Seramai 20 orang pemuda PAS Kawasan Jerlun dan Kelab Bermotor (ARC) Jerlun berkonvoi bagi menyumbang juadah sahur dalam program Kembara Sahur 1.0 pemuda PAS Jerlun pada awal pagi semalam.

Ketua Pemuda PAS Jerlun, Ustaz Abdul Hadi Omar berkata, dia bersama rakannya memilih untuk mengagih makanan sahur di beberapa lokasi sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pada semalam, pihaknya menyediakan makanan dan minuman untuk bersahur.

“Kerja pengagihan, kita telah pergi menyantuni anggota Polis yang sedang bertugas di Balai Polis Ayer Hitam, Pegawai Keselamatan Klinik Kesihatan Ayer Hitam, Pengawal keselamatan di beberapa buah Sekolah sekitar Ayer Hitam dan Pejabat Daerah kecil Jerlun.

“Bungkusan makanan dapat diagih dalam tempoh 2 jam,” katanya.

“Niat kami untuk berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dan memperkenalkan PAS bahawa sebuah parti yang berkebajikan,” katanya.

Insha Allah program kembara sahur ini akan diteruskan lagi pada 24 Mei ini di sekitar Dun Kota Siputeh, selain program seperti ini, kami juga telah merancang program ziarah berkebajikan dengan menyampaikan sumbangan barang dapur kepada ibu tunggal dan Fakir miskin, selain itu kami merancang untuk mengadakan aktiviti shopping baju raya bersama anak yatim dalam kawasan Jerlun.

Justeru itu, kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan kepada kami untuk menjayakan aktiviti yang telah kami rancang sepanjang Ramadan ini.