Oleh: Muhamad Nur Azmi Yusuf
Wangsa Maju : Pemuda PAS Wangsa Maju terus komited mempromosikan PAS terutamanya kepada golongan anak muda.
Penganjuran khidmat basuhan motor secara percuma yang diadakan pada 15 April 2018 baru – baru ini adalah antara inisiatif yang diambil untuk menjayakan agenda tersebut.
Program tersebut telah diadakan di PASTI As-Siddiqin, Danau Kota bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Hadi ketika dihubungi memaklumkan bahawa hampir 30 buah motosikal telah berjaya dicuci oleh Pemuda PAS pada hari kejadian.
Beliau juga turut memaklumkan bahawa program ini akan dianjurkan sekali lagi pada 21 April 2018 di tempat yang sama kerana sambutan di luar jangkaan oleh penduduk sekitar.
“Selain daripada menyediakan khidmat basuhan percuma, kami juga membuka kaunter keahlian PAS kepada anak – anak muda yang hadir dan menyediakan bahan – bahan bacaan santai yang mengandungi info dan maklumat tentang PAS”, ujar beliau lagi.