Home Berita PAS Perak

Pemuda PAS Bukit Gantang santuni PAID Taiping

23
SHARE


Oleh : Ez
19 Januari 2024

TAIPING: Pemuda PAS Bukit Gantang mengambil inisiatif menjalinkan hubungan dengan agensi kerajaan dengan mengadakan ziarah mahabbah ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Taiping baru-baru ini.

Aktiviti ziarah ini bertujuan berkongsi hala tuju dan peranan serta tanggungjawab yang boleh dilaksanakan melalui program dan aktiviti yang dirangka bersama pada masa akan datang.

Sesi ziarah yang diadakan di bilik mesyuarat PAID Taiping ini telah dihadiri Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang,Zu Hazmin Badri disambut oleh Pegawai Tadbir Agama PAID Taiping,Ustaz Kamal Izzat.

Menurut Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, PAS perlu memahami prosedur jabatan kerajaan dan perlu melalui kaedah yang betul jika ingin menegur, menasihati dan menambah baik perjalanan agensi kerajaan.

“Pemuda PAS Bukit Gantang sentiasa komited untuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya agensi kerajaan demi kebaikan bersama.

“Semoga kunjungan itu akan terus berlangsung pada masa akan datang,” ujarnya.

Ziarah ini turut disertai Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang,Ustaz Muhammad Fitri Abdullah dan wakil Pemuda PAS Bukit Gantang dengan mengadakan perbincangan, bertukar pandangan dan mengambil nasihat berjalan dengan baik.