Home Berita PAS Perlis

Pemuda PAS Arau serah bantuan makanan

45
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 15 Julai: Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau (DPPKA) mengambil inisiatif melaksanakan program serahan bantuan makanan kepada penduduk.

Semalam, beberapa orang penduduk terjejas telah menerima bantuan makanan menerusi Program Bantuan Makanan DPPKA Siri 1.

Penyerahan bantuan dilakukan oleh Ketua DPPKA Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Menurut Ridzuan, objektif program ini adalah memastikan tiada penduduk yang terputus bekalan makanan sepanjang pelaksanaan PKP ini.

“Program ini akan dilaksanakan secara berfasa dan akan menumpukan kepada para penduduk yang telah dikenalpasti terkesan (akibat pelaksanaan PKP), untuk diberikan bantuan di semua DUN dalam Parlimen Arau,” katanya ketika dihubungi di sini.