Home Berita PAS Terengganu

Pemuda Palestin teruja lihat semangat rakyat Terengganu

262
SHARE

KUALA TERENGGANU – Seorang Pemuda Palestin, Anas Kamal Abu Alatta menzahirkan perasaan teruja melihat kesungguhan rakyat Terengganu menyertai Program Kayuhan Basikal ‘Family Fun Ride’ sempena Minggu Al-quds 2023.

Katanya, pendekatan kerajaan Terengganu itu bukan sahaja berupaya untuk mendidik rakyat agar sentiasa mencaknai konflik yang berlaku secara berterusan di negara tersebut tetapi juga memastikan masyarakat menjalani kehidupan sihat.

“Hari ini saya sangat seronok melihat kesemua mereka yang bersemangat menyertai program ini, jika diberikan kesempatan pada tahun hadapan saya ingin turut bersama menyertainya,” ujarnya.

Dia yang juga merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) itu, berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), pada program berkenaan yang diadakan di Dataran Awam Batu Burok yang telah menerima penyertaan seramai 1,000 peserta.

Dalam pada itu dia turut menyifatkan negeri Terengganu memiliki keindahannya yang tersendiri.

“Saya sangat beruntung hadir ke sini, ini merupakan Kali kedua hadir ke sini, dimana Kali pertama adalah pada Oktober tahun lalu.

“Terengganu merupakan sebuah negeri yang sangat menarik, banyak makanan lazat di sini diantaranya saya sangat mengemari ‘nasi dagang’, “ujarnya yang hadir bersama temannya yang juga merupakan warga Palestin.