KUALA TERENGGANU -Pemuda Islam mesti berada di barisan hadapan apabila adanya pihak yang berani menghina dan memperlekehkan Islam .
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Harun Esa berkata menjadi tanggungjawab mereka mendaulatkan agama Allah itu dan perlu bersama menyampaikan sokongan mengikut kemampuan masing-masing.
“Kita akan terus bangkit menggerakkan kesedaran semangat serta kita akan bangkitkan semangat supaya orang Islam bercita-cita besar hidup kita mulia kerana Islam,
“Pengorbanan saudara kita di Palestin begitu besar, sehingga pengorbanan terakhir mereka sanggup mati syahid,” ujarnya.
..
Beliau berkata demikian ketika dihubungi mengulas Sambutan Minggu Al-Quds yang bernula pada 25 Januari hingga 8 Februari lalu.
Kata beliau, kemuncak sambutan di negeri Terengganu adalah Himpunan Demonstrasi Bersamamu Palestin yang diadakan di perkarangan Masjid Rusila,selepas menunaikan sembahyang Jumaat, 7 Februari.
Menurutnya, turut berpidato pada Himunan tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Marang Ustaz Yusuf Abdul Hadi yang menegaskan, kesabaran yang dimiliki oleh pemuda Palestin, sanggup berdepan dengan Israel yang begitu angkuh untuk mengambil alih bumi Palestin. .
Yusuf dilaporkan menambah, pemuda Terengganu berkumpul, bersama jutaan umat Islam bagi membela pejuang Al-Quran di Palestin yang sanggup mengorbankan rumah mereka demi masjid Al-Aqsa..