Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Shahril Rizal Saidon
Sungai Besar, 21 Ogos – Dewan Pemuda PAS dan Ameerah Kawasan Sungai Besar petang ini menyampaikan 10 Bakul Prihatin kepada keluarga yang direkodkan sebagai penerima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bakul Prihatin Negara bukan semata-mata bantuan makanan tetapi sebagai pencetus kepada pelbagai bentuk sumbangan lain bagi membantu rakyat yang memerlukan dikala ujian pandemik Covid 19 yang berlarutan ini.
Ketua Ameerah Kawasan Sungai Besar, Saudari Ummu Salwa bt Sabran berkata, Hasil maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat banyak membantu mereka mengenal pasti kes-kes tertentu melibatkan pemohon untuk mendapat perhatian yang setimpal.
Dalam serahan hari ini yang banyak tertumpu di Parit 9 Sungai Panjang, Parit 10 Sungai Panjang dan Kampung Hala Cara Baru Parit 16, Wakil Khidmat Malaysia, Saudara Hafizzudin Mohammad Soe turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada setiap rumah sebagai tanda terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan keprihatinan.
Bakul Prihatin Negara yang dilancarkan pada 15 Julai lalu merupakan cetusan idea Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindak balas proaktif kerajaan terhadap senario dihadapi rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Sebanyak RM21 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara dengan peruntukan sebanyak RM5 juta dan sumbangan daripada lima syarikat korporat bernilai RM16 juta.
Bakul hanya permulaan dan pencetus.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor