Home Berita PAS Johor

Pemuda Bakri terjah sahur ke lima agensi terpilih

628
SHARE

Pemuda Bakri terjah sahur ke lima agensi terpilih

BAKRI – Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri telah menganjurkan program Terjah Sahur ke balai bomba, balai polis, JPAM, post pengawal keselamatan serta hospital di sekitar kawasan ini bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Seramai kira-kira 15 ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri telah dibahagikan ke destinasi yang dipilih bagi mengagihkan sajian sahur, bermula jam 12.00 tengah malam dan berakhir pada jam 3.00 pagi semalam.

Destinasi yang dikunjungi adalah Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan sekolah -sekolah di sekitar Kawasan Bakri.

Timbalam Pengarah program, Saudara Naqib Noordin berkata aktiviti itu diadakan bagi meneruskan kesinambungan acara tahunan itu yang mendapat sambutan yang menggalakkan pada sesi lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri, Saudara Mohd Nahar Bin Tasimin, dan juga ketua Urusan Ulama, Ustaz Zarul Bin Salleh turut hadir bagi membantu pengedaran tersebut

Selain berpeluang menyampaikan juadah sahur kepada pasukan keselamatan dan perubatan yang bertugas, program itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ahli PAS terutama pekerja-pekerja di situ.

“Susulan program terjah sahur kali ini yang mendapat sambutan, kami berpendapat aktiviti ini perlu diteruskan pada setiap kali Ramadan”.

“Program ini juga adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kami kepada pasukan bomba, polis, pengawal keselamatan dan kakitangan hospital yang bertugas tanpa mengira masa demi kepentingan orang ramai,” katanya selepas program itu di sini, hari ini

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi menghulurkan sumbangan kepada program terjah Sahur Kali Ini.