Home Artikel PAS Pulau Pinang

Pemuda Bagan dekatkan murabbi dengan penduduk

140 views
SHARE
BAGAN: Pemuda PAS Kawasan Bagan telah mengadakan program penyampaian sumbangan yang diadakan di Surau Kampung Perlis, Bagan Dalam, di sini semalam.
Majlis meraikan seramai 110 penerima ini telah dianjurkan dengan kerjasama pihak Surau Kampung Perlis dan Pengerusi Yayasan An-Nahdhoh, Ustaz Mutalib Maarof.
Penyampaian telah disempurnakan oleh Ustaz Mutalib yang sekali gus mengimbas noltalgia peranannya sebagai pendakwah bermula di kampung tersebut lebih 20 tahun dahulu.
Beliau memulakan aktiviti dakwahnya sejak berusia belasan tahun seusai tamat pengajian di Pondok Lanai Baling dengan membuka kelas Fardu Ain di Kampung Perlis ini.
Dengan itu majlis tersebut telah menjayakan hajatnya untuk kembali menyantuni para kenalan, penuntut dan penduduk kampung tersebut dengan menyampaikan sumbangan.
Beliau berharap program dengan kerjasama Pemuda PAS Bagan itu dapat meringankan beban penerima lebih-lebih lagi sempena Ramadan dan menjelangnya Syawal.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Bagan, Ustaz Zuzali Ariffin berkata, program tersebut sebahagian Ihya’ Ramadan di mana pihaknya mengadakan pelbagai aktiviti.
Antaranya maklum beliau adalah menyantuni masyarakat dengan kebajikan dan dakwah, selain majlis perpaduan melibatkan wakil kuil, tokong dan gereja pada 22 Mei esok.
Program yang bermula dengan Kuliah Dhuha Perdana disampaikan Ustaz Zuzali sendiri itu dan sesi sumbangan, berakhir dengan ramah mesra dengan masyarakat setempat.