Home Berita PAS Terengganu

Pemimpin Umno hanya pentingkan diri

18
SHARE

DUNGUN – Rakyat Umno kecewa dengan sikap pemimpin dan para penyokong mereka yang hanya mementingkan diri dan langsung tidak mengendahkan kebajikan ahli-ahlinya.

Mantan Ketua Wanita Umno Kampung Serdang, Roslinah Kamaruddin berkata, beliau melahirkan rasa kecewa kerana dipinggirkan tanpa seorang datang bertanya kabar sejak menghidap angin ahmar setahun lalu.

“Tetapi Cikgu Alias dan Kak Long (isteri Cikgu Alias) sering datang ziarah beri bantuan dan bertanya khabar, walaupun sibuk sebagai wakil rakyat,

“Mengundi nanti Kak Na hendak pangkah PAS,” ujarnya sambil mengesat air mata.

Beliau berkata demikian ketika dikunjungi isteri calon PAS N26 Rantau Abang, Masturina Ab Ghani ke rumahnya, di Serdang pada 3 Julai lalu. (Gambar atas)

Sementara itu, seorang lagi mantan ahli Puteri Umno Norlaili Ramli turut mengakui perkara tersebut.

“Kalau kita tengok kat sini (Terengganu) bantuan kerajaan semua dapat tidak mengira fahaman politik tetapi dalam Umno sendiri pun ada ‘pilih kasih’.

“Kalau kita tidak disukai pemimpin Umno setempat payahlah dapat apa-apa yang diperuntukkan, padahal sesama Umno tu,” jelasnya yang ditemui ketika sedang berniaga di Pasar Minggu Padang Pulut.

Beliau menambah, bekas penyokong Umno, Suriani Husin pula turut bersetuju kerajaan PAS dikekalkan kerana pemerintahan hari ini menyediakan pelbagai bantuan terutama untuk ibu tunggal dan juga usahawan sepertinya.

“Rasanya kalau Umno kembali memerintah belum tentu bantuan kerajaan banyak macam sekarang,” katanya, ketika lawatan Masturina ke Taman Rakyat Jaya.

Katanya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke 15, calon PAS N26 Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli akan ditentang oleh calon Barisan Nasional, Mohd Asri Mohamad.