Home Berita PAS Terengganu

Pemimpin takutkan Allah

39
SHARE

Ini adalah gambar YB Rantau Abang YB Cikgu Alias Harun (paling kanan) menziarahi seorang pesakit di Rantau Abang. Ceritanya begini….

Aku dapat satu mesej dari kawan, menyatakan ada seorang penduduk Rantau Abang menghidap sakit jantung dan perlukan rawatan dan mungkin juga akan terpaksa menjalani pembedahan.

Katanya pesakit sudah cuba meminta bantuan, menulis surat dan berbagai lagi permohonan untuk mendapatkannya. Namun tiada yang berjaya. Kos rawatan mungkin sehingga RM50k. Memang besar jumlah itu.

Memang sedih mendengarnya, kawan aku meminta bantuan aku untuk mencari jalan dan saluran yang betul untuk membantu pesakit ini. Tetapi aku dapat merasakan sesuatu.

Mujurnya dia bukannya kaki tular, sebab aku tahu, cerita itu berkemungkinan besar, tidak benar sepenuhnya. Aku yakin, pesakit kronik sebegini, pasti sudah ada dalam radar JPKK. Jadi kawan aku bertindak bijak dengan bertanya dahulu.

Aku menghubungi rakan di Dun Rantau Abang, mintak kesahihan cerita. Dia berjanji akan menyiasatnya.

Yang paling aku terkejut, YB Cikgu Alias, tanpa berlengah segera ke sana setelah mendapat maklumat itu dari rakan aku, bersama JPKK kampung tersebut. Takut terlepas dalam pengetahuan beliau, rakyatnya yang dalam kesusahan.

Dan seperti yang aku jangkakan, ada sebahagian cerita yang terputus sanadnya. Pesakit sendiri mengesahkan, pesakit sudah menerima bantuan JKM dan JPKK sentiasa sebelum ini.

Bagi masalah jantung pula, pesakit berkata dia tidak mahu menjalani pembedahan. Bagi aku, salah faham dalam menerima dan memberi maklumat itu biasa, tetapi mengesahkan hal sebelum menuduh, itu adalah tindakan yang paling baik.

Kadang-kadang orang mungkin terlupa apa yang dicakap, tergelincir lidah, didengar orang, lalu itulah yang diambil. Jadi semuanya sudah selesai. Dan YB mengarahkan urusan-urusan lain yang pesakit perlukan, jika ada tambahannya, akan diambil perjalanan oleh JPKK kampung itu.

Apabila ditanya, YB kata, bukan takut tular, tularlah kalau benar. Tetapi yang YB bimbang ialah fitnah atas cerita yang kurang pasti. Kata YB lagi, saya tidak banyak pahala dan banyak dosa, tetapi diharapkan kerja-kerja sebegini akan menaikkan martabat saya di sisi Allah. Semoga Allah memperkenankan doa YB.

Dua sikap terpuji dalam cerita ini, pertama sikap YB yang amat perihatin, segera sampai untuk melihat sendiri kesusahan rakyat bila diadukan, takut nanti disoal Allah. Kedua sikap kawan aku yang bertanya dahulu sebelum sebar. Kalau dapat kepada musuh PAS, matilah dia tular. Betul ke tak, dia peduli apa.

MERDEKA…..!!! MERDEKA…..!!! MERDEKA…..!!!

Mohd Nasir Abdullah