Home Berita PAS Wilayah

Pemilikan Kediaman Di Kalangan Generasi Muda Masih Rendah

609
SHARE

<<PemudaPASBatuMind#9>>

PEMILIKAN KEDIAMAN DI KALANGAN GENERASI MUDA MASIH RENDAH

1. Mutakhir ini, isu pemilikan kediaman di kalangan warga belia masih lagi jadi tumpuan masyarakat. Bila mana melihat isu keperluan asasi pada dekad ini, pemilikan sesebuah kediaman tetap menjadi semakin sukar walaupun tahap ekonomi negara kita dikatakan masih baik.

2. Antara faktor yang boleh dikaitkan mengapa orang muda masih gagal memiliki kediaman kerana polisi terbaharu yang diumumkan termasuk dalam pinjaman dan pembelian rumah, kebanjiran pembinaan rumah pada harga yang tidak mampu dimiliki dan sentimen pasaran [1].

3. Polisi dari Bank Negara Malaysia yang mengetatkan proses pembiayaan atau pinjaman bank amatlah disokong bagi memastikan pembeli yang betul-betul layak sahaja boleh memohon pembiayaan tersebut serta mengelakkan wujudnya lebih ramai golongan muda diisytiharkan bankrap jika gagal membayar kembali pinjaman tersebut.

4. Namun,bagi membolehkan golongan muda yang bekerja layak mendapat pembiayaan rumah, amatlah penting Kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji untuk memastikan gaji minima ditetapkan pada RM1,500.00 secepat mungkin bertepatan dengan Manifesto PRU-14 baru-baru ini [2]. Dengan ini, diharapkan golongan muda yang majoritinya masih berpendapatan rendah dapat mencuba peluang bagi memohon pembiayaan bank.

5. Malah, kerajaan juga disarankan mengenakan sekatan kepentingan ke atas pembelian oleh golongan berpendapatan lebih RM10,000.00 dan memiliki lebih dua rumah untuk memastikan tidak wujud gelembung harga rumah menaik dengan cepat. Sekatan ini boleh diusahakan untuk rumah jenis mampu milik sahaja bagi memastikan rumah-rumah ini dapat dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

6. Sejak beberapa tahun ini, banyak skim pemilikan rumah yang diwujudkan khas untuk golongan yang belum memiliki rumah, namun masih ramai belum ketahui akan kewujudannya. Skim ini ada yang diwujudkan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri dan ada juga yang berbentuk untuk penjawat awam sahaja. Tujuan skim ini dilaksanakan untuk mengurangkan beban golongan muda termasuk dalam menyediakan deposit pembelian rumah [3].

7. Namun, kewujudan skim bantuan pemilikan rumah masih lagi amat kecil skopnya dalam menangani isu ini. Apa yang perlu sekarang ialah, koordinasi antara semua pihak berkepentingan dalam mencari penyelesaian permasalah ini yang telah lama mendekam jiwa golongan muda sejak sekian lama.

1) https://www.bharian.com.my/node/201359

2) http://www.astroawani.com/…/gaji-minimum-sektor-swasta-dium…

3) http://gilahartanah.com/skim-perumahan-mampu-milik/

[Ditulis Oleh Sdr Ahmad Khairul Ridhwan Mohamed Hanif, Ahli Pemuda PAS Batu]

®Diterbitkan Oleh Penerangan Pemuda PAS Batu✓

#economictalk
#pemudaPASBatu

LIKE FB PAGE
Pemudabatu.com