Home Artikel PAS Perlis

Pemerkasaan Organisasi Fokus Utama PAS Padang Besar

98 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG BESAR : Menyedari peri penting pengurusan organisasi yang mantap ke arah mencapai matlamat organisasi, PAS Kawasan Padang Besar meletakkan agenda pemantapan pentadbiran sebagai fokus utama untuk sesi 2019 – 2021.

Bagi mencapai maksud tersebut, PAS kawasan telah menetapkan beberapa aspek penting dalam pengurusan yang perlu diberikan perhatian serius, antaranya sistem fail dan dokumentasi serta pengurusan sumber manusia, ke arah pengurusan yang lebih cekap.

Menurut setiausahanya Abdul Hadi Hamid, ini bertujuan untuk memastikan PAS kawasan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (S.O.P) seperti yang telah ditetapkan oleh parti.

Turut menjadi keutamaan, kata beliau, agenda memperkemas pentadbiran di peringkat cawangan bagi memastikan tahap pengoperasian seluruh cawangan dalam Kawasan Padang Besar berada pada tahap optimum.

“Untuk itu, salah satu langkah yang kita ambil adalah dengan mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut pada hari ini, bertujuan bagi melihat sendiri amalan terbaik dalam pentadbiran parti yang boleh kita laksanakan di peringkat kawasan,” jelasnya.