Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR
PEMERKASA + : TANDA KEPRIHATINAN KERAJAAN
Oleh : Y.Bhg Ustaz Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor
Pengumuman Inisiatif kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) oleh Perdana Menteri semalam menarik nafas lega kebanyakan pihak.
PEMERKASA+ yang memperuntukkan RM 40 bilion itu menetapkan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor menyambut baik usaha kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.
PAS Selangor juga menyokong sepenuhnya tindakan pemotongan tiga bulan gaji daripada seluruh jemaah menteri dan timbalan menteri digunakan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat yang memerlukan.
Komitmen ini jelas menunjukkan kerajaan begitu prihatin dengan situasi rakyat dalam tempoh yang sukar ini.
Bagi menyambut usaha baik ini, PAS secara keseluruhan melancarkan Kempen Kutipan Dana Tabung Bencana COVID-19 bagi membantu rakyat yang terjejas dengan wabak ini.
Semoga usaha baik ini mendapat keberkatan dari Allah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor