Home Berita PAS Terengganu

Pemerintah tidak laksana hukum Al-Quran, ikut langkah syaitan

115
SHARE

MARANG – Ulil Amri, umara dan ulama yang tidak melaksanakan hukum al-Quran, disifatkan sebagai mengikuti langkah-langkah syaitan.

Menurut Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sesuatu pentadbiran dan pengurusan akan menjadi kucar kacir apabila, mereka yang diberi kuasa, tidak menjadikan al-Quran sebagai rujukan.

“semua panduan kehidupan ada di dalam al-Qur’an, kena ada pemerintah dan al-Quran,

“Apa yang (terdapat) al-Quran tak boleh dilaksanakan (kecuali ada) pemerintah yang mendukungnya dan melaksanakan Al Quran,

“pemerintah yang (dilantik) melaksanakan hukum dan ulama yang memelihara hukum (al-Quran), Allah Taala kadang-kadang bertindak dengan kuasa pemerintah, apa yang tidak boleh diambil tindakan oleh Al-Quran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Duha Mingguan di masjid Rusila pada pagi Jumaat, semalam.

Kata beliau, pemerintah wajib menghukum rakyat yang tidak tunduk dengan undang-undang di dalam al-Quran.

Oleh kerana itu, katanya, memilih pemimpin dan pemerintan itu adalah satu perkara yang wajib menurut Islam.

“Sebab umat Islam wajib memilih kerajaan, memilih pemerintah yang melaksanakan hukum al-Quran, bukan sunat tetapi wajib,” tegas beliau.

Justeru, umat akan selamat dan sejahtera sekiranya mengikuti pemimpin dan ulama yang melaksanakan perintah kitab suci itu.

“Berbalik (dirujuk) kepada mereka yang menjaga urusan samada pemerintah, pemimpin ataupun ulama yang menjaga hukum nescaya mereka boleh menetapkan keputusan yang benar,

“Barulah selamat!,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu menasihatkan semua umat Islam agar berhati-hati dalam menghadapi ujian ‘langit terbuka’ masa kini yang ‘celaka’.

“Khususnya di zaman sekarang, zaman media langit terbuka. Sebar berita mudah sangat seluruh pelusuk dunia.

“tak kira betul, pelawak, bohong terus sebar, ini celaka zaman sekarang bala bencana menimpa dunia,

“Tuhan beri peringatan bila mari apa berita jangan cepat -cepat sangat terima berita itu.”ujarnya.

Ia menyebabkan, kata beliau, kadang-kadang berlawan dan berkelahi sesama sendiri, kerana dengar berita tidak benar.