Home Berita PAS Sabah

PEMENANG HADIAH NOBEL KESUSASTERAAN 2020

907
SHARE

Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2020 dianugerahkan kepada penyair Amerika Syarikat, Louise Gluck.

Pemilihan Louise Gluck sebagai pemenang sememangnya pilihan yang tidak dijangka.

Penyair yang dikenali dengan karya bertemakan kehidupan kanak-kanak dan keluarga selain kerap dipengaruhi mitos klasik itu jarang berada dalam senarai penganalisis sastera.

Menurut Akademi Nobel, Gluck, 77, diberi penghormatan kerana puisinya bukan sahaja indah tetapi mempunyai kekuatan individu yang mewakili universal.

Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan menerima pingat dan wang tunai berjumlah USD 1.1 juta (RM4.562 juta).

Amiruddin Mohd Rosdi
Pengerusi
Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Negeri Sabah
10 Oktober 2020