Home Berita PAS Pahang

Pembetung lama punca banjir kilat di Kampung Padang

157
SHARE


Oleh KASDI KOSNIM

INDERA MAHKOTA, 20 Dis : Sistem perparitan dan pembetung lama yang tersumbat serta jalan yang menyekat laluan air menjadi punca utama berlakunya air bertakung dan banjir di Kampung Padang dekat sini apabila tiba musim tengkujuh baru-baru ini.

Beberapa buah rumah yang sedia ada juga menyalurkan air ke perparitan yang sama, menyebabkan parit yang kecil tidak mampu untuk menampung aliran air yang banyak terutama bila berlaku hujan lebat.

Ahli Jawatankuasa PAS Kampung g Padang Mohamed Nasrudin  Ab Manaf berkata, pihaknya telah menerima aduan penduduk setempat mengenai isu tersebut dan telah membuat tinjauan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dari permasalahan ini.

Aduan rasmi ke Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) juga telah dibuat.

Pihaknya berharap agar kes ini dapat diberikan perhatian supaya kerja-kerja penyelenggaraan mencuci longkang secara berkala dan penggantian pembetung yang baru dapat dilakukan  agar penduduk tidak merasa gusar sewaktu hujan yang berterusan.

Kerjasama serta kebenaran dari pemilik tanah dan pemilik premis juga diperlukan bagi kerja-kerja membaikpulih agar kerja-kerja menaik taraf sistem longkang dapat dilakukan dengan segera.