Home Berita PAS Terengganu

Peluang rakyat Terengganu miliki rumah serendah RM80,000

8
SHARE

KUALA TERENGGANU – Berita gembira buat rakyat Terengganu yang masih belum memiliki kediaman sendiri apabila kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Perumahan) membuka permohonan Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Bukit Gasing Sejahtera II, Marang bermula 10 Ogos hingga 10 September 2025.

Projek berkonsepkan perumahan patuh syariah di bawah program Rumah Darul Iman (RAHMAN) ini menyediakan dua jenis pilihan rumah dengan harga bermula serendah RM80,000.

Bagi RMM Jenis A, sebanyak 173 unit ditawarkan dengan keluasan lantai 800 kaki persegi serta harga bermula RM80,000.

Ia ditawarkan khusus untuk golongan berpendapatan isi rumah antara RM1,500 hingga RM4,000.

Manakala RMM Jenis B pula menyediakan 65 unit dengan keluasan lantai 900 kaki persegi dan harga bermula RM185,000.

Unit ini terbuka kepada mereka yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,000.

Kerajaan negeri menjelaskan, projek tersebut bukan sahaja menawarkan kediaman selesa pada harga berpatutan, malah mengutamakan kesejahteraan keluarga dengan keluasan tanah yang praktikal serta menepati keperluan rakyat pelbagai lapisan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) di pautan https://eperumahan.terengganu.gov.my.

Dengan adanya projek ini, kerajaan negeri yakin ia dapat membantu mengurangkan beban rakyat serta memastikan lebih ramai penduduk Terengganu berpeluang memiliki rumah pertama.