Home Berita PAS Sabah

Peluang menjadi penulis rakyat yang berilmu

190
SHARE

Oleh: Siti Aseelah Mohd Noor

Teluk Intan, 27 April: Lajnah Penerangan dan Media Baharu, Dewan Muslimat PAS Malaysia menganjurkan program Penulisan Berita secara atas talian melalui aplikasi ‘Zoom Meeting’ di sini, semalam.

Program yang bermula seawal jam 8.45 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi itu dipengerusikan oleh Kolumnis akhbar Harakah edisi Utara, Sarina Ismail dengan kehadiran peserta seramai 97 orang mewakili setiap kawasan daripada negeri masing-masing.

Editor Akhbar Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob sebagai penceramah utama berkongsi beberapa tips untuk menjadi penulis yang baik.

Menurutnya, seseorang penulis perlu melaporkan berita tanpa wujudnya sebarang unsur berbaur fiksyen, tokok tambah dan seumpamanya.

Dengan kondisi kesihatan yang agak merosot (setelah menjalani pembedahan) (namun) beliau masih mampu mengendalikan sesi bersama peserta dengan baik.

“Tanggungjawab menulis perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan atasi sikap malas jika ingin berjaya,” ujar Ketua Penerangan dan Media Baharu, Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Najihatussalehah Ahmad ketika menyampaikan ucapan penutup program pagi itu.