Home Berita PAS Terengganu

Pelihara Keyakinan Rakyat Tehadap Institusi Kehakiman

9
SHARE

Dewan Muslimat PAS Malaysia menzahirkan kebimbangan serius terhadap beberapa isyarat yang menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat mengenai kebebasan dan ketelusan institusi kehakiman negara. Kepercayaan terhadap badan kehakiman merupakan teras dalam memastikan prinsip keadilan, demokrasi, dan pemerintahan berintegriti sentiasa dijaga.

Kami berpandangan bahawa Kerajaan Madani perlu segera tampil memperkukuh keyakinan rakyat dan menolak sebarang bentuk campur tangan politik dalam keputusan atau pelantikan kehakiman. Budaya menghormati separation of powers antara eksekutif, legislatif dan kehakiman wajib dipelihara sebagai tanda kematangan demokrasi.

DMPM menegaskan bahawa :
1. Kerajaan mesti memastikan tiada campur tangan sehingga menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman.

2. Reformasi menyeluruh perlu dilakukan terhadap sistem kehakiman termasuk memperkukuh peranan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) agar benar-benar bebas dan berfungsi.

3. Sebarang isu yang menjejaskan kredibiliti badan kehakiman perlu dikendalikan secara telus dan terbuka kepada rakyat.

Dr Najihatussalehah bt Ahmad,
Ketua Penerangan ,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
8.7.2025
12 Muharram 1447H