Pelihara Ibu Ayah dan Nenek yang diuji
Gunung Semanggol: 4 orang anak bergilir gilir cuti untuk menjaga ibu yang mengalami penyakit lumpuh separuh badan dan menjaga nenek mereka yang kini sakit tua.
Allah menguji mereka pula dengan kesakitan yang dialami ayah mereka sekitar 2 minggu yang lepas dan kini terbaring diatas tilam.
Mendengar berita ini,Yb Hj Razman Zakaria dan pasukan Pusat Khidmat Dun Gunung Semanggol menziarahi keluarga ini dan menyampaikan sekotak kit keperluan makanan kepada mereka.
Turut bersama menziarahi ialah Hj Ramli Tusin merangkap Qadi di kawasan tersebut dan Ustaz Wan Husaini JPKK Taman Indah Jaya Batu 10.
Walaupun mereka diuji tetapi semangat mereka kuat untuk meneruskan kehidupan kerana adanya anak yang soleh memelihara mereka tanpa keluh kesah.
Keluarga ini juga tidak mendapat bantuan bulanan daripada mana-mana agensi Kerajaan lantas Yb Hj Razman Zakaria telah mengarahkan wakil JPKK untuk membawakan maklumat ini kepada BaitulMal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) agar dengan sumbangan daripada pihak mereka dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.
Ibu dan Ayah merupakan pintu syurga didunia,maka berbaktilah kepada mereka untuk membuka pintu syurga di Akhirat sana.