Home Berita PAS Terengganu

Pelebaran longkang selesaikan masalah banjir di Marang

118
SHARE

MARANG – Projek pembinaan longkang bernilaio RM550,000 di Rhu Rendang berjaya mengatasi masalah banjir lumpur serta banjir kilat di lokasi tumpuan di Taman Kalungan Melor dan Taman Kalongan Mas, Medan Jaya.

Pegawai Khas Menteri Besar, Mohamad Sabri Zakaria berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Rhu Rendang tidak lagi beroperasi hasil daripada projek terbabit ketika bencana itu melanda baru-baru ini.

“Projek pembinaan longkang Taman Kalungan Melor menelan belanja sebanyak RM350,000 siap pada akhir tahun 2021 telah berjaya menyelesaikan masalah banjir di kawasan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kita bersyukur dan menganggap ia sebagai satu kejayaan kerana kawasan Kalungan Melor terselamat daripada musibah banjr tempoh hari,” katanya setelah membuat tinjauan ke lokasi.

Taman Kalungan Melor

Beliau turut berkata, projek yang dikelola Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya diteruskan walaupun memakan sedikit masa, selain memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan tanah milikan individu serta peribadi.

Sementara itu, projek pelebaran longkang sepanjang 200 meter di Taman Kalongan Mas juga siap sepenuhnya pada Ogos lalu dengan kos bernilai RM200,000.

“Longkang ini juga berjaya memberikan impak yang besar kepada penduduk sekitar apabila aliran air dapat disalurkan lebih baik dengan pembinaan longkang yang lebih besar.

Taman Kalungan Mas