Home Artikel PAS Selangor

Pelbagai Kaum Warnai Majlis Berbuka Puasa PAS Gombak

182 views
SHARE

GOMBAK – Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Gombak telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Antara Budaya di Padang Taman permainan Surau Ubudiyah, Sri Gombak,  semalam.

Program tersebut merupakan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia pimpinan YB Ustaz Hasbullah Ridzwan.

Menurut penganjur program, majlis tersebut adalah untuk untuk menonjolkan kemurnian Islam kepada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Selain itu, ia juga adalah sebagai bukti Lajnah Perpaduan Nasional terus komited menyantuni masyarakat bukan Islam dalam usaha menyampaikan mesej Islam yang sejahtera dan adil kepada semua.

Majlis Berbuka Puasa Antara Budaya itu mendapat sambutan dengan kehadiran yang sangat memberansangkan dari kalangan bukan Islam.

Like & Share : https://facebook.com/perpaduan.nasional