“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor
KAJANG, 9 Ogos – Satu majlis serahan sumbangan daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dengan kerjasama Malaysian Rubber Council (MRC) di bawah program Dana Prihatin PAPISMA-MRC telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali petang tadi di Hospital Kajang.
Sebanyak 10 unit sumbangan alat bantuan pernafasan Ventilator jenis ELISA 600 berharga RM1.5 juta ini telah disampaikan oleh Presiden PAPISMA Malaysia, Dato’ Dr Suhaini bin Kadiman dan CEO MRC, En. Nurul Islam bin Mohamed Yusoff kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Sumbangan tersebut telah diterima sendiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman yang mewakili JKNS.
Kesemua Ventilator ini akan diagihkan kepada Hospital Kajang iaitu sebanyak 2 unit, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 4 unit dan Hospital Selayang sebanyak 4 unit demi memastikan lebih banyak nyawa dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa kematian akibat serangan wabak Covid-19.
Turut hadir menyaksikan penyerahan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi selaku penasihat Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) bersama pimpinan KMNS yang mana gerak kerja PAPISMA Selangor juga dibawah penyelarasan KMNS.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor